Sunday, April 19, 2015

Resipi Churros Mudah & Senang

Assalamualaikum...



Lama rasanya ezza tak menulis di blog ni kan..Macam busy sesangatkan..busy ke? Hihi,, Sebenarnya busy lah jugak..sebab apa..ezza dah berpindah ke Saudi sekarang..Bawa diri...hihi..tak jugak..sebab ikut en hubby cari rezeki jauh nun disini..

Alhamdulillah..dah biasa berpindah randah so taklah terasa asing sangat...Yang penting suami dan anak-anak ada sekali. Cuma sedih sebab berjauhan dengan ayahanda tercinta. Itulah satu-satunya yang ada sebab mak ezza lama dah meninggalkan kami sekeluarga. Tiba-tiba rasa sebak pulak mengenangkan arwah mak yang banyak membantu dari segala sudut dan kaya dengan kasih sayang tak berbelah bagi buat anak-anaknya...Alfatihah buat mak tercinta..Kau lah ratu dihati ku..bercerita pasal mak..mesti semua kawan-kawan ada cerita tersendiri kan..Bahagianya pada sesiapa yang masih mempunyai mak..

Eehh tiba-tiba pulak cerita pasal mak kan..inilah yang dinamakan rindu kita pada mak yang kita sayang..dan tak akan pernah hilang dari ingatan..lebih-lebih lagi saat kita tengah sedih. Bahu yang sentiasa ada untuk kita bersandar. Semoga kawan-kawan yang masih mempunyai mak..sayangilah mak anda selagi beliau masih ada disisi kita.

Bab nak bercerita duduk jauh ni memanglah..macam-macam nak cerita. Itulah pengalaman jauh perjalanan luas pemandangan...Hihi.. Alhamdulillah rezeki Allah Taala ada di mana-mana.

Bila dah duduk jauh ni,,ermmm makanan adalah perkara yang paling dirindui..Nape? Sebab tekak ezza tekak orang melayu. Lagipun ezza n family jenis yang food lover. Pantang nampak makanan mesti nak rasa. Hah masa tu mulalah teringat-ingat makanan yang pernah lalu kat anak tekak ni..huhu

Cerita pasal makanan..harini ezza rasa nak kongsi resepi Churros. Nape churros sebab anak-anak ezza ni gemar makanan ni. Kalau bahasa melayu biasanya orang panggil kuih belimbing. mungkin bentuk sama dengan buah belimbing. Cuma buah belimbing rasanya masam tapi kuih ni manis macam orang yang membuatnya,,haha,,caya ke tak ye...

Jom kita cuba resepi yang ezza nak share ni.  Resepi ni mudah sebab ezza gunakan sukatan cawan.

Resepi Churros mudah dan senang.



2 Biji Telur
2 cawan Air
2 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Butter
1 Sudu Teh Garam
3 Cawan Tepung

cara-caranya;

1) Masukkan gula, garam dan butter dalam periuk yg sudah didihkan airnya.

2) Apabila air dah mendidih, kecilkan api. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis.

3) Padamkan api dan gaulkan sebati. Bila semua dah sebati.. Bolehlah dimasukkan kedalam piping bag, yang telah dimasukkan nozel bintang.

4)Panaskan minyak di kuali. Setelah minyak cukup panas..bolehlah dipaipkan aduan tadi ke dalam kuali.

5) Gorenglah hingga kuning keemasan..hah bolehlah diangkat..

4 comments:

Unknown said...

Bila nak masuk kan telur?

Ezza Kitchen said...

Lepas adunan dah sebati, masukkan telur sebiji demi sebiji lepas tu whisk kan. Then masukkan dalam piping bag. Sorry ya!

Anonymous said...

maaf.. guna nozzle nombor berapa yer..

Azhan said...

tq kongsi resepi

Related Posts with Thumbnails